Cari Duit Melalui Handphone Anda!!
Wednesday, January 31, 2007
Apa nak buat dengan gaji RM3,000 zaman ni...?
Saya memang suka baca testi dari admin prepaid4u ni....
Hehehe.. Kadang-kadang nak gelak pun ada. Tapi tulah hakikat kita di bumibertuah ini sekarang. Di mana pula kedudukan aku yang bergaji tak cecah RM3,000
ni? Abah aku kat kampung yg harap duit felda sebulan 4-5 ratus tu macamana pulak
agaknya dia nak ubah 'lifestyle' dia. "Buat part time laa... Cari duit lebih" Kata orang. Kalau Awie dalam movie boleh la. Siang jadi machanic, malam menyanyi di nite club. Tapi sembang senangla. Hari-hari bangun pukul 6:30 pagi, gi kerja kul 6:30 baru sampai kat rumah. Larat lagi nak kerja malam? Giler!Mujurnya ada internet. Taman permainan ak
u dari dulu. Rupanya kalau kena gaya
memang betul boleh buat duit. Kita perlu bergerak seiring dengan zaman. Lantas dari situ aku join satu MLM pasal SMS Prepaid yg terkenal dengan nama MYMODE.Baru seminggu join, bonus pertama yang aku terima 30sen hasil dari pembelian topup card maxis RM10 dua keping untuk aku ngan bini aku. Member aku gelak tak hingat punya. Aku sengeh jer. Gelak la ngko puas-puas. Dia bertahun guna prepaid, usahkan 30 sen, seposen pun belum tentu apek kedai tu pulangkan balik duit dia!! Then aku surf kat internet baca pasal mymode. Kaji marketing plan dia. Aku cuba fahamkan betul-betul. Pas tu aku develop satu website simple jer. Start invite orang sikit-sikit untuk join. Itupun tak berani lagi nak ajak memember rapat. Takut nanti kena kutuk lagi. Adat orang melayu ni biler ajak buat something jer soalan pertama yang dia akan tanya
"Berapa income ngko sekarang buat menatang nih?" Bila kita bagi tahu karang sure kena perlekeh punya. Apa dia ingat hari ni buat, esok boleh dapat seribu
ker? Jadi oleh kerana tak nak menjawab soalan-soalan bengong macam tuh aku
invite orang yg aku tak kenal jer. Sari hantar email kat 3,4 orang. Esok lagi
2,3 orang. Memula tu takde sekor pun yg nak join. Well.. tiada paksaan dalam hal
ni. Minggu pertama tu aku cuma dapat sorang jer downline. Aku nak putus asa ker?
Nope! Sebab aku memang tahu mender ni ader potensi!!Minggu kedua aku dapat bonus aku yang kedua, RM17.92 sen. Hehehe. Jadiklah..
rezeki Allah bagi. Itupun ader juga yang perlekehkan aku. Adayang jumpa dalamchatroom boleh sound "camaner bonus RM17? ader lagik balance tak? boleh belanjakitorang minum.. Hahahah" Hehehe. Gelaklah sepuas hati korang!! Pada aku, dulu aku aku join CNI, maintain jualan sampai RM130 sebulan, dekat setahun baru bonus RM17 ni. Skang ni aku cuma beli prepaid untuk guna-guna sendiri je.
itupun dah boleh dapat macam ni, kira orait la. Balik-balik pun aku tetap reload
gak handphone aku ngan bini aku. The first 2 months memang slow gila aku dalam bab mencari orang ni.
Nak explain pun tergagap-gagap. Nak pulak kalau yang tanya dalam telefon. Kalau
tanya ikut email ni senang sikit. Tapi buat-buat confident jer la. seminggu sorang.. kekadang dapat 2 orang... Masuk 2 bulan aku dalam MYMODE, bonus mingguan aku dan maintain RM25-RM35 seminggu. Sedar tak sedar downline bawah aku dah ader dalam 28 orang (campur downline level bawah-bawah la. Direct downline aku masa tuh baru jer 6 orang). Bulan ketiga bonus mingguan dah naik antara RM45-RM60 seminggu. Ahaks."kekadang aku hairan bila ader orang yg memperlekehkan bila aku kata aku dapat bonus RM47.39 sedangkan diorang yang sama guna prepaid macam aku tak dapat sesen pun..."
Syukur. Suka aku. At least aku ader something untuk tambah income aku.
Walaupun orang lain boleh dapatkan RM50 dengan 2,3 jam bekerja. Ah! Aku pun
bukan mengadap mender ni sangat. Ader orang bukak website aku, minat nak
register, aku registerkan. Tu jer. Lagi pun target aku bukan nak jadi kaya
dengan 2,3 bulan buat sesuatu kerja. Aku kerja sekarang ni pun dah masuk 3
tahun. Tapi dari mula aku start sampai sekarang, increment tahunan baru dalam
RM50 ke RM100 jer. Kalau aku buat MYMODE ni 3 tahun? Agak-agak dah berapa bonus aku boleh dapat? Jadi Aku set dalam kepala aku hanya nak tengok hasil dari usaha aku dalam MYMODE ni selepas setahun. Sebelum setahun nih berapa pun bonus yang aku terima, biarlah. Aku redha dengan rezeki aku takat tu jer.Tapi masa terus bergerak. Masuk bulan ke-4, bonus mingguan dah naik jadi
RM70-RM100 seminggu. Bulan ke-5, dah jadi RM150-RM200 seminggu. Skang nih dah 6 bulan lebih aku buat MYMODE, Bonus mingguan aku antara RM230-RM260 seminggu.
Hehehe. SO bermakna side income main internet aku dah cecah angka RM1,000
sebulan... Next month aku layak terima bonus bulanan pulak. Jangkanya kalau
campur bonus mingguan, aku boleh dapat dalam RM1,500 ke RM2,000 sebulan. Tu dah nak menyamai gaji kerja aku sekarang. Arghh.. another 5 to 6 months to go!!
Lepas nih aku nak goyang kaki pulak!Dalam masa yang sama ader 2,3 member yg gelakkan aku pada mulanya dah mula
celik mata. "Err... mymode ni apa sebenarnya..? Cer cerita sikit ngan aku. Aku
dari dulu lagik kompius" Ahaks! Dia punya ayat... Tapi aku tak amik hati. Elok
jugak kalau terbukak hati dier nak join. Aku pun boleh tolong.Semalam dapat bonus untuk Minggu 2 bulan June (6/2006 p2). Dapat RM250.52.
Syukur.. Modal aku kat situ cuma 2 keping prepaid Maxis RM30 jer. Aku memang tak pernah fokus pada penjualan prepaid pun. Lepas bayar bill streamyx untuk 2 bulan lepas. Itupun tak campur bonus Super MP. Sebab skang ni bonus Super MP semua akan dikumpulkan dah dibayar pada period 4 nanti (hujung bulan nyer bonus). Kat situ pun aku congak-congak ada dalam 2,3 ratus jugak. So bonus period 4 nanti kurang-kurang bleh cecah 4-5 ratus gak.Mymode....
- Harap semua yang membaca boleh buat lebih dari aku. Sebab aku ni memang
kategori slow. bonus downline aku pernah lebih tinggi dari bonus aku sendiri. sebab dalam mymode ni pendapatan bukan dalam bentuk piramid. saper aktif, income dia lebih. tak kiralah ngko upline ker ngko downline ker.- Jangan terkesan dengan perlekeh orang kiri kanan ni. Kita takde duit bukan dia yang beri beras kat kita pun. Semangat kena kuat.
- Jangan target nak cepat kaya dalam mymode. biler korang fikir macam tu, biler dapat bonus 30-40 ringgit mulalah ngko putus asa. Fikir, mana lebih baik. Buat seminggu dapat RM1,000 lepas tuh takde, atau dapat RM50 setiap minggu, sampai ngko tua?!
- Dalam mymode pendapatan kita konsisten. sebab agent semua akan tetap beli
prepaid untuk kegunaan sendiri. Jadi income pun maintain. memula maintain 20-30
ringgit seminggu. Pas tuh downline makin ramai. Bonus kita maintain 50-70
seminggu pulak. lama-lama?- Dalam mymode kita adalah bos kepada diri kita sendiri. bekerja ikut
kemahuan sendiri. tiada desakan dan paksaan orang lain.- Jangan pikir "aku join dah lambat.. semua orang dah join mymode aku nak taja siapa lagik?" Silap!! kita ada lebih kurang 15juta pengguna prepaid di
malaysia. Sedangkan total agent mymode sekarang baru dalam lingkungan 160,000
orang. Peluang masih bapak luasnya. Remaja sekolah sekarang lagi 2,3 tahun akan
meningkat dewasa. Dan jagi prospek kita juga tu. Peningkatan pengguna internet
dan prepaid handphone kalau ikut trend dari tahun 2002 menigkat hampir 1 ke 2
juta orang setiap tahun.- Income boleh diwarisi. Boleh pas simcard kat anak kita jer. "Nak... ni sim
card 5-Star CM abah. Jaga elok-elok. tetiap bulan RM16,000 masuk dalam tuh."- Letakkan target setahun untuk anda buat betul-betul Mymode ni. Selepas
setahun tengok hasilnya. sebelum tuh, jangan kisahkan sangat. Bukannya anda
perlu berhenti kerja untuk buat mender nih. Tengok dalam masa setahun yang mana lebih tinggi. Income dari gaji bulanan anda atau income dari bonus mymode anda.Nak join? www.prepaid2u.net.ms
Friday, January 19, 2007
Mesti anda pernah tengok iklan iTalk ni kat TV. Tapi mungkin masih ramai yang masih belum guna produk ni. iTalk ialah kad untuk membuat panggilan, sama seperti Kadfon yang kita guna di pondok telefon. Bezanya, iTalk tidak perlu dimasukkan kedalam slot telefon awam, sebaliknya boleh digunakan dari telefon talian tetap dan juga dari mana-mana handphone yang guna apa-apa line pun. Yang menjadikannya jimat ialah kadar panggilannya.
Macam mana nak guna italk mobile? Pertamanya anda kena beli dulu kad italk mobile kat kedai atau nak lebih mudah lagi order je melalui mymode. Anda akan dapat nombor PiN dan SN italk mobile anda.
1. Cara nak beli ialah dengan hantar arahan sms , 1234 iM10
2. Salin pin no tersebut dan dial 1-800-87-3535 (digalakkan guna fixed line sebab kalau guna handphone nanti anda akan kena caj)
3. Ikut arahan untuk pilihan bahasa dan memasukkan no pin.
4. Bila berjaya anda diminta memasukkan no h/p yang akan didaftarkan.(3 no h/p boleh didaftarkan) Peringatan - jangan gunakan no 1-800-87-3535 untuk membuat panggilan kerana charge akan jadi double
5. Tamatkan panggilan.
6. Dial 1-800-87-3636 guna handphone anda (miscalled Back) - maksudnya panggilan ini tidak akan berjaya.
7. Tunggu panggilan dari hotline iTalk dan ikut arahan untuk memasukkan no h/p yang hendak dihubungi, anda akan dimaklumkan berkenaan masa bercakap dan baki panggilan kemudian anda akan disambungkan kepada no yang hendak dihubungi.
Maklumat lanjut tentang iTalk Mobile, boleh rujuk http://www.tmonline.com.my/italk_mobile/sec-faq.html
Sebagai ahli mymode, anda juga akan dapat beli italk Mobile ni pada harga diskaun yang lebih murah! Jadi, dapat lebih banyak penjimatan.
Tuesday, January 02, 2007
Agak lama saya tak update..bz kot ......ada sesuatu sy nak share.
Haram salah guna nada dering al-Quran
KUALA LUMPUR: Penggunaan nada dering bacaan al-Quran di tempat tidak sepatutnya seperti dalam tandas, adalah makruh dan jika disalahgunakan, hukumnya menjadi haram, kata Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid.
Beliau berkata, justeru umat Islam perlu berhati-hati dengan penggunaan ayat suci al-Quran kerana ia kalam Allah yang tidak boleh dipermain-mainkan.“Nada dering al-Quran pada asalnya bertujuan baik, tetapi kalau disalah guna seperti sengaja memperdengarkan dalam tempat yang tidak elok, boleh menjadi haram.“Umat Islam perlu menghormati al-Quran walau di mana mereka berada kerana ada ayat menyatakan jika mendengar bacaannya hendaklah diam dan mengambil iktibar,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.Beliau berkata, seseorag umat Islam perlu sanggup menanggung akibat ketika membawa ayat suci al-Quran ke mana-mana.“Umat Islam yang menggunakan nada dering al-Quran hendaklah menutup telefon bimbit apabila berada di tempat tidak suci seperti dalam tandas dan menjaganya secara teliti bagi mengelak kehormatannya terabai,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Ahad lalu, Metro Ahad melaporkan mengenai perbezaan pendapat antara Mufit Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mustafa Abdul Rahman mengenai penggunaan nada dering bacaan al-Quran dalam telefon bimbit.Dr Mohd Asri dipetik berkata, alasan melarang penggunaan nada dering lebih kukuh daripada membenarkannya, manakala Mustafa berhujah, Jakim tidak nampak masalah ayat al-Quran menjadi nada dering malah ia lebih memberi kebaikan.Mohd Tamyes yang bersetuju dengan penggunaan nada dering ayat al-Quran bagaimanapun menasihatkan pemilik telefon bimbit mengambil sikap bertanggungjawab menggunakan ayat suci itu kerana ia adalah sikap muslim yang baik. Sementara itu, Mufti Terengganu, Datuk Ismail Yahya, berkata umat Islam tidak harus memperlekehkan penggunaan ayat al-Quran malah memanfaatkan teknologi yang ada sebaik mungkin.“Jika keburukan lebih banyak daripada kebaikan, memang jelas hukumnya... dalam isu ini tiada apa yang salah mengenai nada dering itu,” katanya.


