Cari Duit Melalui Handphone Anda!!

Wednesday, February 07, 2007




MALAYAN Banking Bhd (Maybank) mensasarkan memasang lebih 500 mesin juruwang automatik (ATM) di stesen minyak seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Naib Presiden Eksekutif Kanan dan Ketua Perbankan Pengguna Maybank, Spencer Lee, berkata separuh daripada jumlah itu akan dipasang di stesen servis Petronas dan perlaksanaannya dijangka bermula dalam tempoh terdekat.

“Ketika ini, 63 peratus daripada jumlah keseluruhan perkhidmatan mesin ATM Maybank yang dipasang di stesen minyak, ditempatkan di stesen servis Petronas,” katanya ketika melancarkan mesin ATM Maybank ke-200 di stesen servis Petronas di Shah Alam, kelmarin.

Hadir sama pada majlis itu, Pengurus Besar Kanan Bahagian Perniagaan Runcit Petronas Dagangan Bhd (Petronas Dagangan), Md Arif Mahmood dan Pengurus Besar Bahagian Perniagaan Runcit Petronas Dagangan, Idris Omar.

Lee berkata, Stesen Servis Petronas Glenmarie, TTDI Jaya, Shah Alam menjadi stesen servis Petronas ke-200 yang dipasang mesin ATM Maybank sejak 1985 apabila Stesen Servis Petronas Jalan Ampang menjadi perintis kepada usaha sama itu.

Katanya, dengan mesin ATM itu, komuniti di TTDI Jaya menikmati perkhidmatan perbankan Maybank seperti pengeluaran wang tunai, pertanyaan baki wang semasa, pembayaran bil, menambah nilai prabayar telefon bimbit dan Touch n Go serta pembelian tiket penerbangan.

Beliau berkata, penambahan mesin ATM di stesen minyak seluruh negara membolehkan Maybank memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya tanpa perlu ke cawangan bank berkenaan.

“Pada masa ini mesin ATM Maybank di stesen minyak seluruh negara merekodkan kira-kira 24 juta transaksi sebulan atau 20,000 transaksi bagi setiap mesin,” katanya.

Sementara itu, Md Arif berkata, pemasangan mesin ATM Maybank di stesen servis Petronas seluruh negara melengkapkan perkhidmatan ditawarkan Petronas Dagangan di setiap cawangannya, termasuk perkhidmatan Kedai Mesra.

“Kami mensasarkan untuk membuka 70 lagi stesen servis Petronas di seluruh negara tahun ini dan akan memastikan setiap cawangan yang dibuka akan memiliki kemudahan terbaik seperti perkhidmatan mesin ATM Maybank ini,” katanya.

Beliau berkata, stesen servis Petronas baru itu mungkin menawarkan kemudahan perbankan secara ‘pandu lalu’ seperti di Stesen Servis Petronas Kota Damansara yang menjadi perintis kepada perkhidmatan itu.

“Kami akan mencari lokasi di kawasan pertumbuhan komuniti baru yang berkepadatan tinggi dan segalanya bergantung kepada saiz, jenis stesen dan kos tanah,” katanya.

Pada majlis sama, Maybank turut menyampaikan hadiah kepada pengendali stesen servis Petronas yang mencatatkan prestasi terbaik pada kempen Peraduan ‘Card Craze’ Petronas dari 22 Ogos hingga 22 November tahun lalu.
posted by mastermind at 3:11 AM 0 comments

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle